Biar aku peluk bayang yang ada
Maafkan sekiranya aku berpura
Kerana ia menjadi sebab aku bernafas
Mengkhianati persahabatan tak pernah terlintas
Tiada peluang membuktikan aku tidak bermain kata
Tiada cara meluahkan tulusnya rasa cinta
Sebentar.. cinta?
Tak.. aku tak pasti ini cinta..
Kerana tak ingin terus mengharap lagi..
Kata tak seindah puisi yang aku susunkan
Rasa tak seindah cinta yang aku rasakan
Aku ingin terus menanti
Ikhlas.. aku ingin menanti
Hadirnya dirimu bagaikan embun di pagi hari
Tapi tetap membuat aku rasa dihargai
Engkau terlalu indah utk aku melukai
Percayakah kau aku ngerti apa yg kau lalui
Walaupun bagai tebu dipinggir bibir
Kerana hati menjadi akarnya
Aku meyakinkan suatu yg tak pasti digenggaman
Ingin aku tulis namamu..
Tapi tak ingin menjadi penyebab kau membenciku..
Biarlah ia terpahat dalam jiwaku..
Seperti mana namanya di dalam hatimu..
Sekiranya kau akan berlalu.. akan ku terus tabah..
Menyayangimu.. tak ingin aku akui..
Wednesday, May 11, 2005 at 03:00 AM in Luahan, So Sad