Thursday, 5 October 2006

Keluhan Seorang Suami

Setiap hari aku fikirkan. Apakah ini dikatakan mahligai?


Lima tahun yang dahulu, ghairahnya aku merancang membina masjid bersama mu. Untuk kita layari, menghadapi bersama hingga ke pintu syurga. Tapi apabila aku imbas kembali, aku sering tertanya akan silapku.

Walau hanya seorang cahaya mata yang dapat kau berikan, aku bersyukur. Aku hanya pinta engkau menjadi pengasuh, ibu dan teman buat anakku. Tapi mengapa kau leka mengejar harta dunia?

Bukankah engkau pernah katakan, kau terima aku seadanya aku dan apa yang dapat aku berikan? Tapi alasanmu kerana aku tak mampu untuk beri kebahagian yang kau impikan selama ini.
Bukannya aku biarkan kau kelaparan, bukannya aku biarkan kau terbiar, bukannya aku biarkan kau sendirian.

Malahan, aku yang rasa kesepian. Tanpa belaian seorang isteri yang manja. Tanpa senyumanmu setelah aku letih pulang mencari rezeki. Tanpa kehadiranmu saat aku memerlukan seorang kekasih.

Isteriku, kemewahan yang kau bawa pulang, aku berterima kasih. Namun, tak sedarkah engkau ia stakat di dunia sahaja?

Puteri amat merindui ibunya. Apa harus aku menjawab kepadanya? Ayahnya tak berkemampuan untuk membahagiakan keluarga? Ayahnya tak layak membawa pulang kemewahan? Sayangnya, tanpa disedari, itulah yang terpupuk di benak fikirannya.

Adakah permintaanku terlalu rumit? Atau tahap kebahagiaanmu terlalu tinggi?
Aku redha akan takdir, namun masih jua aku berusaha dan berdoa agar kau menjadi ibu dan isteri mithali. Itulah kebahagiaanku. Sesuatu balasan yang indah yang akan kau terima di akhirat kelak.

"Makan sepinggan, tidur sebantal.."

Janji yang telah engkau mungkiri, namun engkau tetap isteriku.

Wednesday, October 04, 2006 at 01:10 AM in Luahan

No comments:

Post a Comment